Saturday, August 24, 2013

Aku kini Seorang Isteri...

Sekitar majlis ijab kabul antara dua hati, Wan Faizal Wan Razali dengan Noraini Mat di Masjid Mahmoodi Cherang Laut, Tawang.






Sunday, July 28, 2013

~ Raikan Cinta dengan Redha_Mu~

~ Kupilih Kamu ~

Dengan yakin kupilih kamu
Setulus hati seindah rindu
Tak ada sesal seumur hidupkuDengan yakin kupilih kamu
Sesuci cinta dalam sumpahku
Ku pasti bahagia bersamamu
Hingga zaman menutup waktu

Dan andaipun Yang Maha Satu
Memberiku kuasa siapa jodohku
Dengan yakin kupilih kamu
Tanpa perasaan ragu-ragu

~WAN FAIZAL WAN RAZALI~




~ku syukur pada-Nya~

Dengan rendah diri ku sujud syukur pada-Nya
Kerana-Mu Tuhan,
Aku dipilih menjadi Isterinya,
Kerana-Mu Tuhan,
timbulnya Kasih antara kami

Ya Allah,
jika benar dia tercipta untukku,
Engkau eratkanlah kasih sayang antara kami,
disaat kami disatukan nanti.

Ya Allah, Engkau semaikan kasih antara kami,
Sebaik-baik teman seperti Khadijah terhadap Rasulullah s.a.w
Sesetia Hajar kepada Ibrahim a.s
Sekasih Zulaikha kepada Yusuf a.s

~NORAINI MAT~

Saturday, July 27, 2013

Huruf Hijaiyyah


Huruf Hijaiyyah


 

Jismi Qawiyyun(Badan Saya Kuat): Labelkan anggota badan

Wednesday, July 10, 2013

Niat Dan Doa Berbuka Puasa

    Puasa merupakan kewajipan kepada setiap orang islam berdasarkan kepada Al-Quran , Hadis, Ijmak ulamak dan Qias. Sebagaimana Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 yang berbunyi :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya  : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.




Niat Berpuasa





Saturday, March 9, 2013

Ciptaan Allah...^_^

Antara permandangan yang sempat dirakam semasa dalam perjalanan dari USIM ke Kuching pada 21 Februari 2013 jam 8.30 pagi....









Wednesday, November 14, 2012

Mujahadah sebelum bertukar status


Assalamualaikum... Apa khabar Imanku? bagaimana pula iman kalian? Moga semuanya dalam keadaan baik hendaknya,,, ^_^. Lama sungguh menyepi dalam mengisi ruang blog ni. Menyepi setelah kembali ke bumi kelahiranku... Menyepi dari sebuah Usrah di Kampus... Menyepi dari sebuah persatuan yg begitu bermakna untukku, yg menjadikan aku aktif ke sana ke mari dengan aktiviti yg bermanfaat.  Sehingga ia tidak menjadikan aku, seorang pelajar yg obses dengan 3K(Kuliah, Kolej, Kantin).

Setelah 4tahun menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi di USIM, akhirnya aku berjaya menamatkan pengajianku. Lebih Kurang 10 hari lagi, aku akan bergraduasi bersama teman2 seperjuangan di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 24 November 2012. Rindu untuk kembali dalam memori 4tahun lalu mengamit sanubari...Kini aku mengintai peluang kerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Moga-moga ada rezekiku di mana-mana.

Dalam kesibukkan mencari kerja dan menamatkan sisa2 tugasan & tanggungjawab yang sedia ada, aku tidak lupa untuk melengkapkan status dalam kehidupanku.  Terima kasih buat mereka yg banyak bertanya soalan yg mengingatkan aku tentang “status” itu.

“Kawan2 dh ramai kahwin, Nora bila lagi?”
“Bila Mok su nak nikah?”
“Dah ada belum ni?”
“Ada yg cari calon isteri ni, boleh tak nak minta gambar?”
“Bila lagi ni, akak nak bg hadiah ni?”
“ Ustazah...bila nak tunang?”
" Mok su pilih orang jauh ke?"


Sungguh, hati terusik dengan soalan2 di atas. Melihat kawan2 sudah berjaya menjadi seorang isteri & ibu...rasa cemburu untuk menukar status itu secepat mungkin... Hikhikhik. Sob...sob,...sob... itulah perkataan yg bermain di hati yg punya taman dan inginkan temannya.

Kadang-kadang senyuman yg menjawab soalan2 itu. Siapa yang tak nak kahwin? Saya nak kahwin juga... ^_^ ... Calonnya?  Tunggu...bila tiba sangatnya, pasti si dia mempamerkan diri dgn lafaz “ Aku Terima Nikahnya”.

Dalam menunggu suatu keputusan yg besar dalam kehidupanku, bermula 1 Muharam 1434H ini, aku ingin mengisi penantianku itu dengan beberapa amal yg pernah kulakukan dgn lebih istiqamah... dan akan diteruskan sehingga aku bertukar status sebagai seorang isteri.


 

1. solat di awal waktu.
2. solat sunat Dhuha 1/minggu
3. tilawah 1ms/sehari.
4. qiamullai1/minggu
5. mathurat harian.













Penting ke semua ni? Bagiku penting untuk lebih dekat dengan Allah SWT KERANA aku bukan wanita solehah tapi ada cita-cita untuk itu… dan bakal anak2ku mudah dinasihati untuk mengamalkan perkara yg sama kerana mereka melihat ummi mereka juga mengamalkannya. Dalam tempoh masih berstatus “single” ini, aku sedang mempelajari ilmu rumahtangga secara teori & praktikalnya bila menyertai masalah dalam keluarga. Bila menghadapi realiti rumahtangga, pastinya banyak lagi yg perlu ditangani & jauh bezanya dengan apa yg dipelajari sekarang. Moga2 si Dia menerima kekuranganku nanti…

Aku sedang mendoakan untuk bakal imamku....dan bakal anak2ku...



Related Posts with Thumbnails